BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 30 Disember 2011

~last day at Giatmara Kota Melaka~

Assalammualaikum..
bermulalah hari ini 30.12.2011 bersamaan hari jumaat,ialah hari terakhir aq kat giatmara kota melaka..
selama 6bulan aq berada disana,pelbagai ilmu aq dapat belajar,dapat kawan baru..
Hari ini,hari yg terakhir bg aq dan kawan2xku,,,huhuhu...sedih dn berat sungguh hati aku ni nak tinggalkan korang semua...aku dah anggap korang semua macam adik-beradik aq sendiri dan dah anggap macam satu keluarga..susah senang kite hadapi bersama,nak2x wat assigment..memang pening kepale,tapi bile kiter kerjasama kerja tu semua jadi mudah...akanku ingat dengan gurauan senda korang,kalau adde yg sedih korang mesti nk hiburkan kwan yg sedih,bila kelas sunyi,korang mesti nak huru harakan kelaskan supaya menjadi meriah,,aq seronok berkawan dengan korang,aq suke tgk gelagat korang..Setiap pagi kak nabila mesti nak belikan cikgu nuri nasi goreng,,hehehe...kawan2xku semua memang baik orangnyer,..aq tak aka lupekan korang,,setiap pagi kiter sarapan kat plaza mara ataupon restoran teja,.lepas ni xder lagi,semua hanya tinggal kenangan..dlyu kite yg suke makan  cool blog,cendawan goreng,ais krim magnum dan pau tu semua tinggal kenangan..ape blh buat,setiap pertemuan pasti ade perpisahan..kenangan pahit dan manis aku akan kenang sampai bila2x...tapi final exam 1.2.2012 ataupon 2.2.2012..insyaallah,kita akan jumpa lagi time exam nanti,bg kawan2xku yg dapat sambng bljar sama dengan aq,dapatlah kite jumpe,tapi bagi yang lain xdpat smbng blajar korang kat luar sane jagn lupekan kawan2x yg lain taw,,aq akan doakan korang bahagia dan berjaya dalam hidup korang kat luar sane...walau apa pon,aq ssyg korng semua!!aq pasti akan rindukan korang semua!!
wasalam...

Jumaat, 23 Disember 2011

~Majlis Graduasi GiatMara Kota Melaka~

Asslammualaikum..
sorilah,dah lame yan x update blog yan ni..
bz lah..
ehmm...
semalam yan graduasi kat hotel emperor melaka..
Hampir 305 GiatMara berada di seleruh melaka ni,,
Dalam banyk2x giatmara ni aq ternampak member skola aq dlu yg same satu klas gan aq n ade yg
satu kampumg gan aq..
Bkn main sombong yer korang,nampak aq xnk tgur...
Haish..bile aq tnyer"mne ade sombng,bkn xnk tgr tp xsempat...haish!lalu depan aq ponn susah nk tgur aq,
aq ni ukannyer makn owang pon..
Apelah..mudah sangat  lupekan kawan lame..
Walau apa pun,semalam memang best..saat yang terindah bagiku dan kawan2xku..
semalam semua cantik2x..handsome2x..
Ala2x artis gitu...
hehehe...
nk top jerk...
Hmmm,,minggu depan aq last di giatmra kota melaka..
rase berat jer hati aku nk tinggalkan kawan2xku di TSK..huhuhuhuhuhuhu...
Tetapi,final exam 1.2.2012 nt...alamak ai..lmae nau..
tp blh stdy lagi...
oklah aq nk tunjukkan korg gambar aq gan kwn2x aq graduasi smlm..
                                          Nie aq gan kakak2x FnD..yg belakang skali tu mmber aq,,.
                                          cun x??
Nie pulak gan kerani kat giatmara..
ni lak gan member aq maria,die dah masok poli dah..
semalam pon jmpe die kjp
sudah terbukti aq da gemok!

Selasa, 13 Disember 2011

hari2x yang memenatkan

Assalammualaikum..
Alahai..,seminggu pulak kene pakai bju kurung..
konon2x ala3x perempuan melayu terakhir gitu..
Yang lelaki lak pakai baju bertai ala3x jadi seorang yang usahawanlah katekan..hehe..
Tadi punyerlah membebel pasal hari keusahawanan,,
Hadoi...
ngantok aq td...Aq perhatikan muke sorang2x dalam dewan tadi..
alahai..
semua muke mengantok jer...
Apee pon x boleh..hehehehehe..Esok ptg dah mula wat keje luar..
ehmmm...
apelah jadi gan budak2x ni kang...
Entahlah,xth nk ckp ape lagi..
tengok jelah esok...
hope xder ape2x terjadi bila kami semua membuat kajian diluar itu nanti..
insyaallah...:)

Sabtu, 10 Disember 2011

..Happy Moment..

Assalammualaikum..
Hari ni aku sungguh gembira sebab aku kuar gan 'mr.nazrin' hehe..
Kuar buat kali terakhir sebelum die sambung..
"thank you abg sebab belikan syg gelang kaki..luv u soo much.."
Best kuar tadi..jalan satu melaka then g tanjung bidara,balik sesat g masjid tanah..huhuhuhu..
Ape ley watkan,bkklh map kat nset cri jalan kuar..Akhirnyer dapat juga jln keluar..
Sehari seruntuk berjalan.,ape boleh buat,die pon balik hari..
Maklumlah die dah nak masuk politeknik esok(11/12/2011 ahad).
Entah bile pulak nak jumpa die lagi..
'Hope abg x lupekan sayg disini yer..'
pukul9.00 malam tadi baru jer die balik jb..
Duduk rehat kat umah aq jap nk hilangkan penat.
Bila dah nak balik aq rase sangat sedih,macam nak xnk jer aq bg dia balik..
Ehmm..
oklh sampai disini jer..
wassalam..

Rabu, 7 Disember 2011

~kejap dah masuk bln12~

Assalammualaikum,,
Hmm..
kejap jer dah masuk bln12...
lagi berape minggu jer aku kat GIATMARA KOTA MELAKA..
Pejam celik,pejam celik,dah nak abes dah..
rase berat nak tinggalkan guru-guru dan kawan2x disana..
Final exam pon dah dekat,then masing2x wat keje masing2x.
Ade yg dapat sambumg belajar teruskan perjuangaan korang semua..
Ade yang nak kerja,kerja tu biar baik2x taw..
Masing-masing semua takut detik-detik2x final exam nanti..
Final exam mule pas kami semua graduasi..
'YAALLAH'kau bukalah dan tabahkan hati kami ini bila final exam nanti,harap semua dapat skm..
Do the best to all my friend..
Amin,,..

Jumaat, 2 Disember 2011

~Pra Exam!~=,='



Assalammualaikum..
Sekejap jer dah masuk bln 12..
Bln2x nilah orang semua bz dengan pra exam sebelum exam final..
Terutamanya student2x TSK sesi JULAI-DISEMBAR 2011..
Korang semua kene standby sebelum exam final..
Pening kepala otak aq nih nk bace buku..
Huh>.<'..
Apee pon xblh..
Sambil2x aq dok umh,bace buku,kat kelas bju buku,,
Adeh!..
xth nk ckp ape lagi..
Untuk kawan2xku di Tsk,Good Luck to your all..
Aq sentiase doakan korang semua.,dan korang doakanlah kejayan aq jugak..
Apee pon Good Luck!

~Ego Seorang Lelaki???~>.<'

Assalammualaikum..
Aq xthulah nak cakap macam mane tentang perasaan ego seorang lelaki..
Kadang-kadang mood dia baik,kadang-kadang tidak..
Bile kite ckap secara baik,die berkasar dengan kite..
Hanya kaum adam sahaja yang th..
Ermm,,aq adelah bace satu artikel kat internet bagaimana cara untuk mengatasi ego seorang lelaki..
Tengoklah di bawah ini cara-cara untuk mengatasi ego seorang lelaki:

6 cara untuk mengatasi ego lelaki
Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.
1.Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
2.Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
3.Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
4.Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
5.Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.
6.Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya. 

Sabtu, 26 November 2011

Wali band-Doaku Untukmu Sayang with lyric.flv

..Salam Awal Muharam..




DOA AKHIR TAHUN HIJRAH Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"DOA AWAL TAHUNDoa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.Sesiapa yang membaca doa ini,...



SALAM AWAL MUHARRAM 1433 HIJRAH. :) 
mari sama.sama kita buka buku baru utk tahun baru. apa yg dah berlalu dan berlaku jadikan pengajaran dalam hidup. moga hidup kita akan sentiasa diberkati oleh-Nya dalam perjuangan kita meneruskan hidup ini. amin.

Jumaat, 18 November 2011

~cepatnye mae berlalu!!~

Assalammualaikum..
korang apa khabar?bek x?kLu bek bagus..,yg x tu jgn lpu mkn ubt k..
Hari ni aq nk cetekan tentang mase??
korang tahukan mase itu emas??
ehmm...
pejam celik,pejam celik dah 5 bulan aku kat GIATMARA KOTA MELAKA.
Dah sebulan lagi aq kat sane,then.,nt aq xjumpe lagi bdk2x TSK SESI JULAI-DISEMBER 2011..,korang memang sportinglah,,.
Xsame macam budak skola aq dlu..
suke wat hal masin2x...
Aq dah anggap korang adek beradek aq sendri..
Bulan 12 dah nk exam..aq doakn korang semue berjaye..
Ape pon suke duke kiter  kongsi bersame.,aq xkan lupekan jase bek korang..
Hope nnati dah abes korang jgn lupekan aq..,
Aq sentiase ingatkan korang..
'Bak kate pepatah"



kadang kadang kawan tuh mcam MAGGI, time susah kita cari
kadang kadang kawan tuh mcam CHIPSMORE, sekejap ada sekejap takda
kawan juga kadangkala mcam ASTRO, macam macam ada
tetapi buatku, kawan tuh seperti L'OREAL, *kerana dirimu begitu berharga* haha
Copy & Paste benda nie ke semua wall kwn kwn awak yg plg awak syg and juga sya. ~Jika awak dpt sekurang kurangnya 5, awak memang KAWAN SEJATI ♥



So,korang jgn lupekan aq.,aq syg korangsemue!!
k r, sampai disini shaja..,
wassalam..

Isnin, 14 November 2011

dah lame x update!

assalammualaikum,,.
dah lame aq x update blog aku nie..
ape cer nie der...
ehmm..bz lah sejak kebelakangan nie...
almaklumlah,dah nak exam bln 12 ni..
masing2x semua sedang siapkan tugasan yg diberi oleh cikgu..
nak2x assigment,...
pergh!!!
sabar jelah...
ade dugaan disebaliknyer,..sanggup berkorban untuk mase depanlh katekan,,hehehe...
bak kate kawan2x"TERBAIKLAAHH!!!"hehe...
ok lah,sampai disini sahaja...
ade mase aq update ag,wassalam.:)

Ahad, 23 Oktober 2011

~PANTUN NASIHAT~

Angin teluk menyisir pantai 
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai 
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik 
Hendak menjerat kancil dan rusa 
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi 
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da 
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir 
Dibawa orang dari hulu 
Sebarang kerja hendak difikir 
Supaya jangan mendapat malu 

Kemumu di tengah pekan 
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan 
Bagai pohon tidak berbuah

Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu 
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap 
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap 
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong 
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung 
Bulat manusia kerana muafakat 

Pakai baju warna biru 
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan 
Layar dikembang kemudi dipaut 
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu 
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar 
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar 
Tentu kita akan berjaya 

Jangan pergi mandi di lombong 
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti 
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati 
Kerja yang susah menjadi senang 

Asam kandis mari dihiris 
Manis sekali rasa isinya 
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya 

Kayu bakar dibuat arang 
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri 

Selasih tumbuh di tepi telaga 
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga 
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu 
Takut kena gigitan pacat 
Kalau kita selalu bersatu 
Apa kerja mudah dibuat 

Bandar baru Seberang Perai 
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai 
Budi yang baik dikenang juga 

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi 
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah 
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah 
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua 
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua 
Ajaran baik jangan diubah 

Terang bulan di malam sepi 
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti 
Kepada ibu dan juga bapa 

Kapal kecil jangan dibelok 
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk 
Kalau dipeluk patah tulangnya 

Asal kapas menjadi benang 
Dari benang dibuat kain 
Barang yang lepas jangan dikenang 
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail 
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil 
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu 
Rosak hati kerana kasih 

Tingkap papan kayu bersegi 
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi 
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja 
Suka berjalan di atas titi 
Orang yang malas hendak bekerja 
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri 
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati 
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu 
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu 
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita 
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan 
Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah 
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu 
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup 

Apa guna berkain batik 
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik 
Kalau tidak dengan budinya 

Berakit-rakit ke hulu 
Berenang-renang ke tepian 
Bersakit-sakit dahulu 
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar 
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar 
Kalau salah tolong tunjukkan 

Pisang emas dibawa belayar 
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar 
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri 
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi 
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi 
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri 
Takut nanti diejek orang 

Ke hulu membuat pagar 
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar 
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia 
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia 
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut 
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut 
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup 
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup 
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda 
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada 
Buat jahat jangan sekali 

Dayung perahu tuju haluan 
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati 
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti 
Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua 
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua 
Ajaran baik jangan diubah 

Pantai Mersing kuala Johor 
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur 
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani 
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini 
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat 
Ilmu dicari tak akan rugi 
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah 
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah 
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman 
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah 
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah 
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki 
Mati terkena jerat sembat 
Orang yang muda kita sanjungi 
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan 
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasa

SAKIT HATI!!!!!

sakit hati betul aq gan budak nih..
dahlah kecik tapi xnk menyerah kalah..
apelah..emak bapak dorang nk menghormati org ke ha!!
betul2x xder sivik punyer orang,,
nk maki2x orang tu agak2xlah...
memang aq doakan hidop kau x tenteramlah....

Ahad, 16 Oktober 2011

TANGISAN SI GADIS

Tangisan seseorang gadis sesungguhnya tiada nilai pada pandangan mata seorang lelaki.. setelah cinta dan kasih syng diberikan dan setelah dia jemu pada  diri mulailah si lelaki membuat perangai...mengapa sukar utk mencari cinta yg benar2 sejati, kepedihan cinta hya akn buat si gadis hilang kepercayaan pada cinta si lelaki.. mengapa si lelaki tidak boleh setia pada seorang wanita???? Mengapa harus di cipta sengsara yg akn merosak jiwa dan perasaan si gadis... benarlah kata si bijak pandai, cinta itu buta....
Wahai kekasih2 diluar sana! Mengapa kau menghancurkan hati insan yg pernah dikau syng dan dulu kau ingin melindungi dia dari apa jua bahaya dan kau selalu ingin memberi yg terbaik buat diri kalian..tetapi kini semua kesayangan mu hilang bagai di telan perut bumi..cinta mu memang x seteguh cinta si gadis, senang berubah dan senang mengucapkan kata2 cinta pada yg lain...tetapi si gadis sangat sukar utk melupakan cinta lama kerana bagi si gadis hati yg terluka teramat2 sukar di ubati kerana bagi si gadis cinta yg telah diberi sepenuh jiwa pada si lelaki tadi adalah cinta yg terbaik dan sukar utk dimiliki lg...sesungguhnya si lelaki hya tahu melepaskan cintanya bila hati dah mulai berubah pada cinta baru...
Lelaki oh lelaki!!!! mengapalah kau di jadikan kaum yg selalu menindas cinta si gadis, gadis oh gadis!!! jgnlah kau sedih pada cinta yg x ada kepastian dan tiada kesudahannya..biarlah si lelaki dgn dunianya yg di penuhi gadis2 yg hyn pandai mengoda si lelaki hidung belang sepertinya...andai ada jodoh sudah tentu dikau akn di pertemukan dgn si lelaki yg lebih baik dan lebih menyayangimu seadanya...jodoh pertemua ajal maut semuanya di tangan ALLAH..kita hya merancang dan hya DIAlah yg menetukan takdir kita...
Andai satu hari si gadis bahagia jgnlah kau lupa bahawa dikau harus bersyukur kerana dgn perpisahan dulu kau kini boleh bahagia dan gembira sampai skrng...siapa tahu dgn terputusnya ikatan dulu kau tiada lg kesakitan dlm hati...bagi si gadis, cintailah pasangan mu sedalam2nya dan jagailah dia sepenuh hatimu agar dia tiada rungutan pada cintamu...dan jgn terlalu mengongkong, kerana dgn kongkongan itu hya membuat hati si lelaki menjadi serba tidak kena...biarlah ada give and take, tolak ansur perlu ada dlm setiap perhubungan barulah cinta itu sentiasa mekar hingga akhir hayat...
"LOVE MAKE ME BLIND BUT LOVE IS ARE BEAUTIFUL THING"

Sabtu, 15 Oktober 2011

~Rindu die sangat2x!!~

…..♥#############♥
…♥###############♥
..♥#################♥………………♥###♥
..♥##################♥……….♥#########♥
….♥#################♥……♥#############♥
…….♥################♥..♥###############♥
………♥################♥################♥
………..♥###############################♥
…………..♥############################♥
…………….♥#########################♥
………………♥######################♥
………………..♥###################♥
………………….♥#################♥
……………………♥##############♥
………………………♥###########♥
………………………..♥#########♥
………………………….♥#######♥
……………………………♥#####♥
……………………………..♥###♥
……………………………….♥#♥
…………………………………♥
…………………………………♥
……………………………….♥
……………………………..♥
……………………………♥
…………………………♥
……………………….♥
…………………….♥
………………….♥
………………♥
………….♥
………♥
……♥
…..♥
……♥………………….♥…♥
……….♥………….♥…………♥
…………..♥…..♥………………♥
……………….♥………………..♥
…………….♥……♥…………..♥
…………..♥………….♥….♥
………….♥
………..♥
……….♥
………♥
………♥
……….♥
…………..♥
……………….♥
……………………..♥
………………………….♥
……………………………♥
……………………………♥
…………………………♥
…………………….♥
………………♥
………….♥
…….♥
…♥
.♥………………………..♥….♥
♥……………………..♥………..♥
.♥………………….♥…………….♥
..♥……………….♥………………♥
…♥………………………………♥
…..♥…………………………..♥
……..♥…………………….♥

Jumaat, 14 Oktober 2011

~Erti Seorang sahabat~

Cerita tentang erti sahabat...

Apakah itu persahabatan? [Dipetik dari wikipedia]
Persahabatan adalah istilah yang menggambarkan perilaku kerja sama dan saling mendukung antara dua atau lebih entitas sosial. Istilah "persahabatan" menggambarkan suatu hubungan yang melibatkan pengetahuan, penghargaan dan afeksi. Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain, seringkali hingga pada altruisme. Selera mereka biasanya serupa dan mungkin saling bertemu, dan mereka menikmati kegiatan-kegiatan yang mereka sukai. Mereka juga akan terlibat dalam perilaku yang saling menolong, seperti tukar-menukar nasihat dan saling menolong dalam kesulitan. Sahabat adalah orang yang memperlihatkan perilaku yang berbalasan dan reflektif. Namun bagi banyak orang, persahabatan seringkali tidak lebih daripada kepercayaan bahwa seseorang atau sesuatu tidak akan merugikan atau menyakiti mereka.
Nilai yang terdapat dalam persahabatan seringkali apa yang dihasilkan ketika seorang sahabat memperlihatkan secara konsisten:
  • kecenderungan untuk menginginkan apa yang terbaik bagi satu sama lain.
  • simpati dan empati.
  • kejujuran, barangkali dalam keadaan-keadaan yang sulit bagi orang lain untuk mengucapkan kebenaran.
  • saling pengertian.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? [Dipetik dari Nurjeehan Wordpress]
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Kenapa abah timbulkan isu persahabatan dalam blog hari ni? Sebab hari ni, ada perkara buat abah terfikir "Betulkah abah benar-benar faham apa itu persahabatan?" Banyak benda datang dalam fikiran hari ini - semuanya berkisar tentang makna persahabatan.

Selama ini, abah selalu kata pada sahabat2, "Engkaulah sahabat aku." Dan tika itu abah rasa abah faham apa maknanya. Tapi selepas terjadinya beberapa insiden, abah perlu kaji semula apa maksudnya persahabatan tu pada abah. Sebab abah kalau boleh tidak mahu sekadar memasang ikrar dalam persahabatan, tapi pengisiannya - kosong.

Itu sajalah dulu untuk hari ni. Nanti bila abah dah rasa abah faham apa sebenarnya bersahabat itu, abah akan mengepek semula tentang ini, insyaAllah.

~I Like Persona~








 lawakan susunan ketekan..
 setengah daripade  kete club ppeoc
nilah akak2x dan abang2x club ppeoc johor-melaka..
sorilah akak2x dan abg2x klb ppeoc ade gmbr dlm blog nie..
sy copy gmbar nie..maaf ye..

Khamis, 13 Oktober 2011

~Time to eat McD with frenz~


 Nyum2x..^^
Kenyang sudah makan tengah hari tadi kat McD gan member
alhamdullillah:)

Jumaat, 16 September 2011

Pemergian datuk saia..(15.9.2011)

Asslammualaikum..
 Tanggal pada 15.9.2011 bersamaan 17 syawal Khamis,pada jam 6.30 ptg
telah perginya seorang insan yang yantie sayang selame ini ialah datuk yantie
Ismail Bin Kamari telah kembali keramahtullah...
Semoga roh datuk yantie di tempatkan tempat yang
orang yang beriman dan disisi allah serta rohnya di cucuri rahmat..
Al-Fatihah.:(

Sabtu, 6 Ogos 2011

Happy fasting:)

Assalammualaikum..
korunk sume pe khbar chat...
dah lme yan x edit blog ni..
almaklumlh.semanjak dah smbng bljr
dh bz gan assigment....
jap je kiter dah puase then raye...
cm ne korunk puase penoh ta..heheh..
jangn ponteng2x ya....
makn tu jgnlh bnyak2x sgt..
t ta leh menunaikan solat terawih lak...
ingat ye kawan2x...
yan just bg nasihat jer....
ehmm...
ta de n ape ag na cetekan nie...
k lh..
sampai disini jer ok..
see u again..^^

  • wassalam...

Sabtu, 9 Julai 2011

orientasi selama seminggu di giatmara kota melake..

Assalammualaikum...
korunk semua ape khabar?
chat x?
bgslh kalau saht..
yan ni batuk2x jer lom bek..hehehe....
maklumlah bdk degil katekn..hehehe...
ary ni yan nk cetekan tentang orentasi selame seminngu yan kat
giatmara kote melake...
pada hari pertame,
kiteorg wat sesi perkenalan
sesame kwanlh...
mcm2x gelagat..
tapi akhirnyer knl jgklh...
huh...
Hari ke2,adelah dngar cramh dr JPAM...
hahaha...macm2x gelagat...
time ga kain andoh kiteorg wat..
ble gan CPR??/
hahaha..
dak2x laki xnk kuar...
ape lagi...
semua kene ketuk,ketampi...
hehehe...
best giler2x....
sblm kiteorg blik..
kiteorg men saham kasut..hahaha...
ceo ta blh diharp lngsng...
ape pu kiteorg kalah Rm10 shj...
Dan semalam mnggu terakhir orentasi..
ape kate yn tunjukkn sikit gambar k...
hahaha..tu aku ke?
tu memng yanlh..
time gah nasyid...
buruk mukenyr...
ni time nasyid..hehe
nie pualak yan gan kwn yan
irah nmnyer..
heheeh
hehehe...
kelkrkn...
Nilah dak2x TSk...
ni pulak yan gah bncng lagu umtuk majlis pntp..
Wanita melayu terakhir...
hehehehe....
selagi xdpt bj t-shirt,slgi tu
kene pakai bj kurung..
adoyai...
oklah,,
sampai disini jer yan dpt tnjkkn..
yg selebihnyer korg tgk kat fb yan k...
sampai disini k..
wassalam...

Selasa, 14 Jun 2011

sayang dan rindukan die sangat2x...

Assalammaualaikum...
korang semue ape khbr?
sht?bgslh kalau korang semue sihat...
emm...yan nk luahkn perasaan ni kat dlm blog nie...
korang semue mesti ade teman teristimewakn?
yan pon adlh...
die dok jb n sthn dr yan...
dah lme x jmpe die...
xthlh bile agaknyer blh jumpe...
insyaallah,kalau ade mase jumpe awl bln7 nie....
sekarang nie die tgh sakit....
kan bagus kalau yan ade bersame die skrg...
mesti cepat sembuh..
ceh...cam yan nie doktor pulak..hehehe....
yan syg die sgt2x,,dielah org terakhir dalam hidup yan...
yan xnk die tinggalkn yan,macam mane ex yan tngglkn yan...
sekarang die tgh sakit,yan rase sedih,risau dan nk jer yan selalu kat sisi die...
apekn daye,yan melake,die jb,,,:(
susahlah yan nk melawat die...
yan sayang dan rindukan die sgt2x!!!
yan hanye mampu berdoa supaye die cepat sembuh sperti biase...
Yaallah...
engkau sembuhknlh penyakit drpdnyer...
Amin...
sayang,sayang dan rindukan abang!!!!!!!
k r,setakat nie jelh yan dpat cetekan..
wassalam...

x sihat..

Assalammualaikum..
korang ape khbr?sihat?
bgslh korang semue sihat...
yan beberape hari x sihatlh...
batuk2x,kire yan kene virus dr adk2x yan..
yan paling x suke makn ubt...
hehehehehe...
cm ne nk baikkn....
yan ni pelik sikit,kalu yan minium air berkarbonat yan sihat,
bile yan makan ubat,keluar balik...
hahahahaha...
pelikkan??
kadang2x pakwe yan suruh yan makn ubt,
yan ye kn jelh,tp sbnrnyer yan x mkn ubt....hehehehehe....
macam2xlh nur izyantie bt zaidi ni.pelik2x jer....
skrg batuk yan makin teruk,,,
hahahaha...
mane x nyer,yan asyk mnm air sejuk je...
padn muke qo yan.org ckp jgn mnm air sjuk dgl...
hehehehehe...
k r,sampai disini shaje...
wassalam...

Selasa, 7 Jun 2011

Temu Duge..(^^)

Assalammualaikum...
korang semue apa khbar?
siht?
bgslh kalau korang semue sihat2x ye...
yan ingin kongsi cerite gan korang semue pasal"Temu Duge"
korang masti dh pernah merasai temu dugekn...
yan baru first time temu duge..hehehehe.....
pagi tadi yan p temu duge kat "GiatMara Kota Melaka"
terpakselah pg td yan p sendri ke giatmara tu....
huhuhu..dhlh nk tunggu bas bkn main lame...
nasib baik td bas maraliner p kat the store...
sempatlh yan p giatmara,nasib baik x terlambat...hehehe...
punyerlh lame yan tunggu,yan dpt kawan baru nmnyer"lily"
seblum p temuduge kiteorg kene jawab 10 soalan,,,
haish..macam2xlh,nk kene jawab soalan lglh...huh..nasib baik leh jawab...
pas abis jawb soalan.lagi satu masalah...
nk tahu ape masalahnyer?
masalahnyer ialah kene tunggu giliran untuk temuduge...
haish....dari pukul 10pg hngge ke pukul1tgh hari...
mcam tuggul yan tunggu td...
tapi memenatkn...yelh...
mn x nyer...pagi2x dh bgn....
td pon dpt rehat jap...
x puas tidur..huhuhuhuhu=.='...
ok lh,sampai disini yan cetekan k..
ade mase yan cete ag...
bye..wassalam...

Jumaat, 27 Mei 2011

Cuti sekolah kembali lagi..

Assalammualaikum...
yan nak kongsi cerite dgn korang tentng 'Cuti Sekolah Kembali Lagi'...
mesti seronok bile tibenyer wktu cuti sekolah,kite blh dpt luangkn mase
dgn parents kiter...seronok memng serenoklh..
tapi mesti ade batas2xnyer jgk....
Mesti di kalangn korang ade korang yang nak exmkn thn nie...
ade yang cuti sekolah yg ade kls tmbhnkn??
yelh nk exm thn nie...mestilah berkerje keras right...
Mmm..tp meti ade mase bercuti keluargekn...
so buatlh perkare yang berfaedah pade cuti sekolh ye kekangwan..
oklh...sampai disini yan dapt cetekh kat korang..
ok jmpe lg..
wassalam..

My lovely Family

Assalammualaikum,,,
yan nak memperkenal family2x yang yan syg...
mesti korang semue na tgk family yan kn,,,
ok,jum yan tunjukkn famly yan....
                                            Hah!yg nilh ayah da ibu yan,,,
                                            yan syg sangat2x kat dorang...


                                           Nie pulak yan adk yan yang bongsu...
                                           comel x?due2x comel an,,,hehehe,,,


                                         yang nie adk2x yan...time nie kiteorg satu family
                                         bercuti di tiara beach resort at port dickson...best..

                                          yg dlm pelmpung tu adk sppu yan,,
                                          bdk kecik yg wat peace tu adk yan..comelkn...
                                          time nie kiteorg p ulu bendul....

                                          nilh diname big family,,
                                          time ni yan di singapure,,
                                          mase nilh sdre mare yg jauh dpt berkumpul...
                                          time nie nnek yan nk p haji.....


                                          comel x ini budak...ni adek sdere yan kat penang,,,
                                           dh lme x jmpe die,skrg dh bsr..but he so cute..

                                         Hah!ni pulak yan gan sppu yan kat pd..
                                         hahaha..cute an....
Yan syang sngat2x kat family yan exspecially ibu dan ayah....dieorglh seorg insan yg yan syg dlm dunia ini...
oklh,sampai disni sahaje yan dapt cetekn tentng family yan...ok..assalammualaikum..^^